Wednesday, January 21, 2009

Saraf kewangan!!

Pening-pening,muntah,lelah,asma,tekanan, semua sebab duit. Macamana laa nak manage duit dengan berkesan. Dah puas aku pikir, sampai sekarang tak penah nak tenang kalau asik bertuhankan duit nih. BOSAN!!. Nak tambah duit melauli internet,MLM apelagi menatang perosak akidah yang tak akan aku ikuti. Walaupun bende-bende macam tu da melambak kat pasaran, kalau setakat join ko kene letak kat yang paling bawah ke, confirm modal pun lesap..kahkah!aku da la gaji cukup-cukup hidup sampai tengah bulan..semua bukan pasal aku x berjimat tapi sebab barang-barang makin naik walaupun emas hitam sekarang dah murah..makan kat mamak pon RM10 (dah kenape plak) dulu mamak la yang paling murah tapi sekarang haram!!nak bagi murah jauh sekali..tapi persepsi asal tuh kite tak penah lupa (lepak mamak MURAH) kahkah!!tertipu lagi umat manusia seantero malaysia~....balik ke topik yang sepatutnye aku cite iaitu ’SARAF KEWANGAN’. Saraf yang aku katekan ini bukan la abang kepada urat-urat didalam badan anda. Tapi ia merupakan satu carta nak kate bijak tak bijak, tapi baik untuk diri anda sendiri la...carta yang aku maksudkan ialah carta top 5 cara menguruskan kewangan..pasti anda berminat btul x..hehehe, ok mari kite teruskan.

1. Masuk je gaji dalam akaun terus ketepikan mane yang wajib bayar
2. Setiap minggu makan diwaktu tengah hari je(pagi ngan malam kunyah keropok je)
3. Kurangkan makan angin dihari sabtu dan ahad(duk umah lepak lagi bagus)
4. JANGAN ISAP ROKOK!!! Kahkahkah
5. Target barang yang nak beli (5 barang sebulan) x termasuk barang dapur leee

Hah..macamana makhluk yang mempunyai akal dan fikiran. Boleh lakukan SARAF KEWANGAN ni...kahkah...jangan malu,jangan segan,cube dulu, mesti layan...kalau tak tenang gak jiwe tuu...pegi la antuk kepale kat dinding. Sebenarnya, kite sebagai manusia mempunyai kebijaksanaan masing-masing. Gunakanlah kebijaksanaan yang ada pada kite untuk menguruskan kewangan diri dan untuk keluarga. Segalanye datang dari pemikiran sebelum disambut oleh pegerakan dan ditatang oleh tulang empat kerat ini dan jangan lupa ALLAH membantu kite dari setiap penjuru..BERDOALAH!!!

No comments:

Post a Comment